Header Ads

Ayam Goreng Kicap

Ramuan
1 ekor ayam – dipotong 8 atau 10
Bahan A
•    2 sudu besar kicap cair
•    3 sudu besar kicap hitam/kicap pekat
•    3 sudu besar sos tiram (oyster sauce)
•    1 sudu teh gula
•    3 ulas bawang putih – ditumbuk halus/blender

Bahan B
•    3 sudu besar tepung beras
•    1 sudu tepung jagung


Cara masakan
•    Masukkan kepingan ayam dalam bekas dan gaulkan dengan Bahan A.
•    Perap selama 10 minit.
•    Gaulkan dengan Bahan B sebelum menggoreng
•    Panaskan minyak dan masukkan ketulan ayam. Goreng sehingga masak
•    Goreng bawang Bombay secara berasingan dan taburkan diatas ayam yang telah siap digoreng.

Resipi ini sangat senang. Juga dipanggil “resipi orang malas”  tetapi sedappp!

Ayam goreng akan kelihatan hitam kerana kicap hitam dan sos tiram. Jangan risau tapi berjaga-jagalah ketika menggoreng -jangan sampai hangus
Powered by Blogger.